Tuesday 20 November 2012

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434- 20 NOV 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selesai sudah majlis sambutan maal hijrah 1434 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua AJK dan penduduk taman yang bertungkus lumus menyiapkan tempat, persiapan makan, PA sistem dan sebagainya. Sesungguhnya kerjasama dan semangat gotong royong ini amatlah penting dalam kehidupan kita sesama jiran...bak kata pepatah "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'. Tidak lupa juga kepada yang turut memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan majlis ini. Insyallah selepas ini akan ada lagi majlis-majlis seperti ini dan diharap majlis sambutan maal hijrah ini menjadi aktiviti tetap setiap tahun...Akhir kata..semoga semangat maal hijrah dapat kita memimplikasikan dalam kehidupan kita seharian.insyallah..jazakallah hukhoiran kasiran....




























































1 comment:

  1. Terbaik....amacam cikgu Yusof..apa kata kita jadikan aktiviti tetap bagi program-program yang berkaitan dengan bulan islam nie...terdekat nie adalah asyura pulak...ada ustaz menceritakan tentang hari asyura bagus juga tue...mohon diperkenankan cadangan ini tq

    ReplyDelete