Friday 23 November 2012

ASSALAMUALAIKUM...DAN SALAM SEJAHTERA

Assalamualaikum....

Alhamdulillah sepanjang blog ini diwujudkan sebanyak 8 aktiviti telah kita adakan tahun 2012 ini...Tahniah kepada semua penduduk taman mergong jaya fasa 2 dan sekitarnya atas kerjasama yang diberikan. Terutama sekali terima kasih kepada tuan pengerusi kita Cikgu Yusof dan Isteri (Kak Jah) kerana tanpa buah fikiran dan komitmen yang tidak berbelah bagi menjayakan segala aktiviti yang dirancang. Bak kata pepatah " MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'. Insyallah segala kerjasama yang diberikan akan beroleh keberkatan daripada NYA.untuk kita semua.....amin

Di sini pihak ADMIN( Tn. Hj. Mohd Hafiz) amat berharap dan menyeru supaya semua penduduk taman mergong jaya fasa 2 supaya melayari website ini dan memberi sedikit komen dan cadangan bagi menambahbaikan lagi web ini dan juga cadangan aktiviti yang diperlukan lagi bagi memakmurkan lagi ikatan, kerjasama dan semangat perpaduan antara kita penduduk taman ini dan sekitarnya.

Disertakan LANGKAH-LANGKAH MEMBERIKAN KOMEN DAN CADANGAN:

1. TUAN/PUAN KLIK PADA NO COMMENT/COMMENT DI BAWAH BAGI SETIAP AKTIVITI YANG DIPAPARKAN.

2. KLIK PADA KOTAK PUTIH PADA ADD COMMENT.

3. MASUKKAN COMMENT ANDA.

4. KEMUDIAN KLIK COMMENT AS.

5. KLIK PADA GOOGLE.

6. SEKIRANYA TUAN PUAN ADA ACCOUNT GOOGLE MAIL..TERUS LOG IN

7. KALAU TAK ADA..SILA BUAT EMAIL GOOGLE MAIL

8. SETELAH LOG IN..TUAN/PUAN BOLEH PREVIEW COMMENT ANDA ATAU TERUS PUBLISH.

9. SELESAI..COMMENT ANDA AKAN DI PAPARKAN.

Mohon komen anda tq...assalam....

Tuesday 20 November 2012

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1434- 20 NOV 2012

Assalamualaikum....

Alhamdulillah selesai sudah majlis sambutan maal hijrah 1434 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua AJK dan penduduk taman yang bertungkus lumus menyiapkan tempat, persiapan makan, PA sistem dan sebagainya. Sesungguhnya kerjasama dan semangat gotong royong ini amatlah penting dalam kehidupan kita sesama jiran...bak kata pepatah "MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT'. Tidak lupa juga kepada yang turut memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan majlis ini. Insyallah selepas ini akan ada lagi majlis-majlis seperti ini dan diharap majlis sambutan maal hijrah ini menjadi aktiviti tetap setiap tahun...Akhir kata..semoga semangat maal hijrah dapat kita memimplikasikan dalam kehidupan kita seharian.insyallah..jazakallah hukhoiran kasiran....